Kad merah penutup nasib malang saya di West Ham - Kalvin Phillips

Astro Arena
Februari 19, 2024 08:15 MYT
Kalvin Phillips diarah keluar padang ketika perlawanan EPL antara Nottingham Forest dan West Ham United, di City Ground, Nottingham, England, 17 Feb 2024. (Foto AP)
PEMAIN tengah, Kalvin Phillips, berharap kad merah yang diraih di Nottingham Forest menandakan tamat nasib malang buat dirinya dan berikrar untuk beraksi cemerlang bersama West Ham.
Pemain berusia 28 tahun itu menikmati permulaan musim yang mengecewakan di Stadium London berikutan perpindahan pinjaman bulan lalu dari Manchester City.
Selepas menjadi punca pasukan dibolosi ketika bertemu Bournemouth dan Manchester United, dia kemudian diarah keluar padang ketika The Hammers tewas 2-0 di City Ground selepas mengumpul dua kad kuning dalam tempoh dua minit dan 56 saat.
Phillips terdesak untuk mendapatkan 'permulaan baru' dan mahu memperbaikinya.
"Mereka mengatakan nasib malang datang tiga kali, jadi harap ia sudah berlalu dan saya sudah boleh memulakan karier saya di sini," katanya.
“Saya mahu ini menjadi permulaan yang baru, untuk membuktikan kemampuan sebenar saya.
“Saya cukup mengetahui bola sepak. Saya cukup berpengalaman untuk mengetahui keadaan akan berubah.
"Memang mudah untuk berkata, tetapi sekarang saya perlu melakukannya.
“Ada perkara tertentu yang anda perlu lakukan di padang bola sepak."
#kad merah #Kalvin Phillips #West Ham United #EPL
;