Juventus, Santos pertahan Ronaldo

Astro Arena
Oktober 5, 2018 11:13 MYT
Ronaldo berulang kali menyatakan bahawa dia tidak bersalah. - Gambar fail
KETUA jurulatih Portugal, Fernando Santos, dan pasukan Serie A, Juventus, melaungkan sokongan buat Cristiano Ronaldo selepas pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu menafikan tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya.
Bekas model, Kathryn Mayorga, mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual ke atas dirinya di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.
Ronaldo menyifatkan dakwaan tersebut sebagai berita palsu sebelum mengeluarkan kenyataan penafian di media sosial yang turut menyatakan jenayah tersebut bertentangan dengan dirinya.
Juventus mengeluarkan satu kenyataan di Twitter awal pagi tadi untuk menyatakan sokongan buat Ronaldo yang sebelum ini berpindah ke pasukan tersebut Julai lalu.
"Cristiano Ronaldo telah memaparkan sifat profesional serta dedikasi yang tinggi dan kami di Juventus menghargainya.
"Pertuduhan yang berlaku hampir 10 tahun lalu tidak akan mengubah situasi ini," kata kenyataan rasmi kelab itu.

The events allegedly dating back to almost 10 years ago do not change this opinion, which is shared by anyone who has come into contact with this great champion. 2/2

— JuventusFC (@juventusfcen) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

.@Cristiano Ronaldo has shown in recent months his great professionalism and dedication, which is appreciated by everyone at Juventus. 1/1

— JuventusFC (@juventusfcen) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak polis Las Vegas membuka kembali siasatan tersebut, namun tidak menamakan sebarang mangsa mahupun suspek.
Mayorga melalui peguamnya mengadakan satu sidang media Rabu lalu dengan dia menyenaraikan segala penderitaan yang dilalui anak guamnya itu, termasuk tekanan emosi yang dilalui.
BACA: Majalah Jerman berdepan saman selepas lapor dakwaan wanita dirogol Cristiano Ronaldo
Dalam pada itu, Santos yang tidak menyenaraikan Ronaldo bagi menghadapi perlawanan menentang Poland dan Scotland mendedahkan pemain itu tidak hadir ketika pertemuan dengan Itali dan Croatia bulan lalu.
Walaupun dia masih tidak memperoleh alasan yang jelas berikutan situasi tersebut, dia masih melaungkan sokongan buat ketua pasukannya itu.
BACA: Saya tak rogol dia - Ronaldo
"Saya percaya dengan apa yang dia katakan. Jenayah tersebut adalah bertentangan dengan dirinya," kata Santos.
"Dia menyatakannya berulang kali bahawa dia tidak bersalah.
"Saya amat mengenali dirinya. Saya percaya dia tidak akan melakukan jenayah tersebut," tambahnya.
#berita palsu #bersalah #bola sepak #Cristiano Ronaldo #Fernando Santos #jurulatih #Juventus #Kathryn Mayorga #Las Vegas #Portugal #serangan seksual #sokong #Twitter
;