Juventus lengkap perpindahan Matthijs de Ligt dengan nilai RM346.4 juta

Ian Johan Ariff
Julai 18, 2019 16:54 MYT
Matthijs de Ligt menjaringkan gol yang menyingkirkan Juventus musim lepas di peringkat suku akhir UCL. - Foto AP.
JUARA Itali, Juventus melengkapkan perpindahan Matthijs de Ligt, 19 tahun dari Ajax dengan bayaran £67.5 juta (RM346.4 juta).
Namun bayaran akan dibuat secara ansuran dalam tempoh lima tahun kewangan oleh Juventus kepada Ajax dengan tambahan £9 juta.
Pemain remaja antarabangsa Belanda yang sebelum ini dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United, Barcelona dan Paris St Germain, menandatangani kontrak selama lima tahun.
Dia membantu Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), selain muncul juara Liga Belanda dan dua piala musim lalu.
Malah, De Ligt merupakan pemain yang menjaringkan gol kemenangan Ajax, yang menyingkirkan Juve musim lalu semasa pertemuan di peringkat suku akhir UCL.
De Ligt merupakan kapten paling muda pernah dilantik Ajax selepas membuat penampilan pertama untuk kelab Amsterdam itu pada 2016.
#Ajax #Amsterdam #barcelona #Juventus #Liga Juara-Juara Eropah #Manchester United #Matthijs de Light #Paris St Germain #UCL
;