Justin Kluivert sertai Bournemouth dari Roma
Astro Arena
Jun 24, 2023 08:20 MYT
Jun 24, 2023 08:20 MYT
BOURNEMOUTH telah menandatangani pemain sayap, Justin Kluivert, dari kelab Itali Roma dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang pernah bermain dua kali bersama skuad Belanda pada 2018, telah bersetuju dengan 'kontrak jangka panjang' di Stadium Vitality.
Dia menjadi pemain pertama kelab Liga Perdana Inggeris itu sejak pelantikan ketua jurulatih, Andoni Iraola berikutan pemecatan Gary O'Neil.
Ketua eksekutif Cherries, Neill Blake dalam sati kenyataan berkata: “Kami gembira kerana menjadikan Justin sebagai pemain pertama kami menjelang musim baharu.
“Dia diidamkan oleh beberapa kelab di seluruh Eropah dan kedatangannya adalah tanda cita-citanya yang bersesuaian dengan kami.
“Justin adalah pemain penyerang yang menarik dan serba boleh yang mempunyai sasaran untuk mendapatkan gol. Dia pantas dan mempunyai tahap keupayaan teknikal yang tinggi.”
Kluivert, anak kepada bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert, memulakan kariernya di Ajax sebelum berpindah ke Serie A pada 2018.
Dia menjaringkan sembilan gol dalam 68 penampilan untuk Roma dan menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Valencia berikutan tempoh yang sama dengan RB Leipzig dan Nice. - Stadium Astro