Jurulatih terjun Malaysia jadi rebutan
Astro Awani
Januari 3, 2014 11:58 MYT
Januari 3, 2014 11:58 MYT
Kejayaan penerjun Malaysia menyapu bersih semua 8 pingat emas di Sukan Sea Myanmar menyaksikan beberapa negara cuba memikat penolong jurulatih kebangsaan, Huang Qiang dan Zhang Yukun.
Singapura dan Myanmar cuba memikat dua pengendali kelahiran China ini.
Yukun lebih terjejas kerana kontraknya akan tamat bulan depan dan masih belum ada sebarang perbincangan untuk diperbaharui.
Walaubagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara ini.