Jurulatih dan dua pemain West Ham positif COVID-19

Astro Awani
September 22, 2020 07:24 MYT
David Moyes. - Gambar fail REUTERS
PENGURUS West Ham United, David Moyes dan dua lagi pemain kelab itu disahkan positif COVID-19.
Keputusan saringan ke atas ketiga-tiga mereka diketahui ketika kelab tersebut sedang menjalani latihan untuk aksi Piala Carabao.
Dua yang positif adalah pemain pertahanan Issa Diop, dan pemain tengah Josh Cullen.
Mereka kini menjalani kuarantin selama 10 hari.
Menurut pengurusan West Ham, ketiga-tiga mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.
Garis panduan kesihatan awam England mewajibkan mereka yang positif koronavirus untuk menjalani kuarantin 10 hari.
Ini bermakna, Moyes, Diop Dan Cullen bakal terlepas aksi menentang Wolverhampton minggu depan.
#bola sepak #COVID-19 #David Moyes #England #garis panduan #Issa Diop #jangkitan #Josh Cullen #kes positif #kesihatan awam #kuarantin #pemain #pengurus #Piala Carabao #tiada simptom #West Ham United
;