Jurulatih Al-Nassr harap Ronaldo temui keseronokan semula
Faida Rahim
Januari 9, 2023 16:29 MYT
Januari 9, 2023 16:29 MYT
RIYADH: Jurulatih pasukan bola sepak Al-Nassr, Rudi Garcia berharap Cristiano Ronaldo akan "bertemu semula keseronokan bermain" apabila beliau dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan ke liga Arab Saudi.
Memetik AFP, Garcia berharap agar pemain bola sepak berusia 37 tahun itu mampu tersenyum semula selepas menyertai Al-Nassr.
“Satu-satunya perkara yang saya harapkan untuk Ronaldo ialah dia mampu tersenyum semula kerana dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beliau mengalami detik-detik sukar bersama pasukan Manchester United, pasukan kebangsaan dan kemudian di peringkat peribadi," kata Garcia pada semalam ketika acara Perhimpunan Dakar yang dipentaskan di negara itu.
Tambah Garcia jika Ronaldo berjaya mendapatkan keseronokan beraksi di padang bola sepak semula, bermakna matlamat berjaya dicapai.
Dalam pada itu, Garcia menyifatkan pemain antarabangsa Portugal itu sebagai atlet yang luar biasa.
Pemenang lima kali gelaran Ballon d'Or selain lima Liga Juara-Juara, menandatangani perjanjian dilaporkan bernilai 200 juta Euro (RM931.12 juta) hingga Jun 2025, tidak lama selepas berpisah dengan Manchester United.
Beliau juga melihat impiannya untuk menjuarai Piala Dunia yang sukar difahami berakhir pada suku akhir di negara jiran Qatar bulan lepas.
Ketibaan Ronaldo di Al-Nassr, sebuah kelab yang diasaskan pada 1955, menghidupkan semula dakwaan bahawa Arab Saudi sekali lagi terbabit dalam urusan 'cuci wang', istilah yang untuk menggambarkan amalan individu, kumpulan, syarikat atau kerajaan menggunakan sukan untuk meningkatkan reputasi yang dicemari oleh salah laku.