Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah setia di Liverpool

Astro Arena
Mei 27, 2023 13:14 MYT
Musim panas lalu, pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak baharu yang menjadikannya pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah kelab itu. - Gambar/ Stadium Astro
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, tidak percaya Mohamed Salah akan mencari haluan baru demi beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Penyerang Mesir itu memberi bayangan di media sosial sebaik kemenangan Manchester United ke atas Chelsea semalam yang menyebabkan Liverpool terpaksa beraksi dalam Liga Europa musim depan dengan mengatakan hatinya remuk dan dan sama sekali tidak patut terlepas kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Musim panas lalu, pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak baharu yang menjadikannya pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah kelab itu, malah membawa mereka ke final ulangan dengan Real Madrid.
Ditanya sama ada dia khuatir tentang masa depan Salah selepas kenyataan itu yang jarang berlaku, Klopp berkata: “Jangan risau, tidak.
"Saya hanya mendengar apa yang dia katakan tetapi saya tidak mengesan sebarang perkara yang boleh menjurus ke arah itu.
“Jelas sekali Mo gembira berada di sini dan Mo adalah sebahagian daripadanya.
"Dia meminta maaf atas pencapaian 'kami' -- bukannya meminta maaf atas tindakan orang lain. Semuanya baik-baik saja.
“Jika ada pemain yang datang kepada saya dan mahu pergi kerana terlepas UCL, maka saya sendiri akan membawanya ke kelab lain.
"Saya akan mengambil kunci dan berkata 'masuk kereta, ke mana awak sahaja mahu pergi, saya bawa awak'. - Stadium Astro
#salah #Liverpool #jurgen klopp #pindah kelab
;