Jumpa JDT, PBNP tingkat keselamatan
Astro Arena
Jun 23, 2015 14:00 MYT
Jun 23, 2015 14:00 MYT
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) merancang untuk meningkatkan jumlah anggota keselamatan untuk pertemuan getir berdepan JDT, dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur Sabtu ini.
Perlawanan itu akan menjadi tumpuan utama yang mampu mengubah kedudukan teratas Liga Super yang kini diterajui Pahang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PBNP, Fahrizal Hassan, kawalan keselamatan wajar ditingkatkan bagi memastikan tiada insiden tidak diingi berlaku membabitkan penyokong kedua-dua pasukan pada hari perlawanan.
Fahrizal turun menyarankan penyokong Pahang dan JDT agar mengawal tingkah laku masing-masing serta tidak menimbulkan provokasi.
Perlawanan separuh akhir Piala FA 2013 antara Pahang dan JDT pernah ditangguhkan susulan dicemari insiden limpahan penyokong di Stadium Darul Makmur.
Namun aksi pada musim ini tidak menimbulkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.