Juara sejati tidak pernah putus asa - Ronaldo

Astro Arena
Mac 14, 2021 03:15 MYT
Setelah gagal menjulang UCL di Stadium Allianz sekali lagi, terdapat banyak spekulasi mengenai kemungkinan Ronaldo kembali ke bekas kelabnya Real Madrid pada musim panas. - Foto REUTERS
BEKAS bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, akhirnya bertindak balas terhadap penyingkiran Liga Juara-Juara (UCL) menerusi media sosial.
Bintang Portugal itu mengalami kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan UCL buat kali ketiga berturut-turut bersama Juventus, tewas kepada Porto dalam pusingan 16 menerusi aksi dramatik. Ini adalah tahun kedua berturut-turut pasukannya tersingkir pada tahap ini, berikutan kemenangan mengejutkan Lyon tahun lalu.
Setelah gagal menjulang UCL di Stadium Allianz sekali lagi, terdapat banyak spekulasi mengenai kemungkinan kembali ke bekas kelabnya Real Madrid pada musim panas. Langkah ini juga akan dimungkinkan oleh kenyataan bahawa kontrak Bianconerinya akan berakhir pada tahun 2022.
Bagaimanapun, Ronaldo -- yang menjaringkan 92 gol dalam 121 perlawanan buat juara Itali itu -- telah menghantar mesej yang meyakinkan untuk penyokong Juventus di media sosial.
Dia meluahkan, "Lebih penting daripada jumlah kejatuhan yang anda hadapi dalam kehidupan, adalah seberapa cepat dan seberapa kuat anda kembali bangkit... juara sejati tidak pernah berputus asa! Tumpuan kami sudah ada di Cagliari, dalam perjuangan Serie A, di final Piala Itali dan dalam semua yang masih dapat kami capai musim ini."
Ronaldo berkata lagi, "Benar perkara lampau tempatnya dalam muzium (saya harus katakan!), tetapi nasib baik, bola sepak mempunyai memori ... dan begitu juga saya! Sejarah tidak dapat dipadam, ditulis setiap hari dengan ketahanan, semangat berpasukan, kegigihan dan kerja keras. Dan mereka yang tidak memahami ini, tidak akan pernah mencapai kejayaan."
#Cristiano Ronaldo #Real Madrid #Juventus #bola sepak #Liga Juara-Juara #UCL #Porto #Portugal