Juara dunia F1 tiga kali, Niki Lauda meninggal dunia
Agensi
Mei 21, 2019 10:45 MYT
Mei 21, 2019 10:45 MYT
LEGENDA sukan permotoran dan juara tiga kali perlumbaan Formula One (F1), Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Seorang rakan mendiang dari pasukan McLaren mengesahkan Lauda meninggal dunia sewaktu menjalani satu pembedahan paru-paru.
“Kami di McLaren berasa cukup bersedih dengan pemergian rakan kami dan juara dunia F1, Niki Lauda,” menurut jurucakap McLaren.
“Niki (Lauda) akan sentiasa di hati kami dan terpahat dalam sejarah.”
Lauda pernah dimasukkan ke hospital pada Januari lalu selama 10 hari susulan dijangkiti influenza.
Mendiang meninggal dunia pada Isnin dengan dikelilingi oleh ahli keluarga, menurut satu kenyataan media oleh ahli keluarga Lauda dari Austria.
Lauda menang kejuaraan dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 1975, 1977 dan 1984 ketika bersama pasukan Mercedes dan Ferrari.