Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel ke-20 dengan menewaskan Laura Massaro, 3-0 pada final di sini.
Pemain nombor satu dunia itu menampilkan persembahan yang mantap untuk menyingkirkan musuh tradisinya dari England itu dengan keputusan 12-10, 11-2 dan 11-5 dalam pertarungan selama 44 minit itu pada Isnin.
Nicol, 30, menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2010 di New Delhi, India, sekali gus menyumbang pingat emas kedua negara di sini selepas Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat 69kg.
"Ia adalah hebat untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi...lebih-lebih lagi menyumbang emas kedua untuk kontinjen negara.
"Memenangi gelaran kali kedua adalah satu pencapaian yang luar biasa kerana ia adalah kemuncak acara skuasy dalam temasya yang mempertandingkan pelbagai acara sukan," katanya Nicol selepas perlawanan itu di Kampus Sukan Scotstoun di sini.
Beliau berkata pertemuan dengan Laura, selaku juara dunia dan pemain nombor dua dunia, memang sudah dijangka sengit daripada awal lagi.
"Set pertama adalah amat penting dan saya terpaksa berusaha memperagakan aksi yang lebih mantap pada set kedua dan ketiga bagi memastikan tidak melakukan kesilapan serta menguasai perlawanan ini," katanya.
Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh pemain New Zealand, Joelle King yang menewaskan Alisan Waters dari England dengan keputusan 11-7, 11-7 dan 11-5.
Bernama
Tue Jul 29 2014
Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel -Foto Fail
Paip pembentungan awam bukan punca tanah jerlus di Kampung Kerinchi - IWK
IWK menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan.
RansomHub diguna untuk godam lebih 200 syarikat, institusi sejak Februari 2024 – FBI
Mereka mendakwa perkhidmatan menggodam ini telah mencuri dan mengunci data dari sekurang-kurangnya 210 syarikat dan institusi.
Google Translate kini ada mod dwiskrin untuk telefon lipat
Google Translate Kini Ada Mod Dwi-Skrin Untuk Telefon Lipat
Kanser payudara: Jika ada ketulan di dada, segera lakukan pemeriksaan
Tanda-tanda awal kanser payudara adalah apabila terdapatnya ketulan atau lump di bahagian dada tidak kira bagi wanita atau lelaki.
APMM perlu terus beradaptasi dengan isu maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu terus beradaptasi dengan cabaran maritim yang sentiasa berubah bagi memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli Abdullah berkata APMM perlu menyesuaikan strategi dan operasi mereka mengikut perkembangan isu-isu maritim yang berbeza.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli Abdullah berkata APMM perlu menyesuaikan strategi dan operasi mereka mengikut perkembangan isu-isu maritim yang berbeza.
Kelengkapan aset penting bagi keselamatan perairan negara
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli Abdullah berkata kelengkapan aset adalah penting dalam memastikan keselamatan perairan negara.
Selain itu, beliau berkata kecekapan sumber manusia, dan kerjasama serantau adalah diperlukan bagi mengawal kawasan perairan yang seluas 596,285 kilometer.
Selain itu, beliau berkata kecekapan sumber manusia, dan kerjasama serantau adalah diperlukan bagi mengawal kawasan perairan yang seluas 596,285 kilometer.
APMM tampil 404 pegawai, tiga selebriti dalam perbarisan Hari Kebangsaan
APMM) bakal menampilkan 404 pegawai dan tiga selebriti tempatan dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Tanah Jerlus: Perkembangan operasi SAR (Hari Ke-8: 12 tgh)
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini sehingga jam 12 tengah hari, memasuki hari kelapan operasi SAR mencari wanita warga India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
[TERKINI] Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29 tahun, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Skuad badminton pertahan pingat emas acara berpasukan campuran
Skuad badminton negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England.