Juara berbasikal Paralimpik gagal ujian doping
Astro Arena
September 2, 2016 19:04 MYT
September 2, 2016 19:04 MYT
JUARA berbasikal trek Paralimpik dari Australia, Michael Gallagher diuji positif bahan terlarang dikenali sebagai EPO dan akan terlepas temasya di Rio, selepas pengesahan itu dikeluarkan oleh Lembaga Anti-Doping Australia (ASADA).
Sample atlet berusia 37 tahun itu diambil semasa kem latihan pada Julai, yang mendorong dia digantung buat sementara waktu secara mandatori.
ASADA akan menyiasat punca bahan terlarang itu, namun organisasi itu berkata Gallagher yang dilahirkan di Scotland, tidak akan dibenarkan bertanding di temasya di Brazil itu yang akan bermula pada Rabu depan.
Gallagher memenangi emas dalam acara basikal kejar-mengejar individu kelas LC1 di Beijing 2008, dan sekali lagi mengulangi pencapaiannya dalam kelas C5 di London, empat tahun lalu.
Pelanggaran kes doping yang meluas membawa kepada Russia dikenakan larangan menyeluruh daripada terbabit dalam Paralimpik tahun ini.