Jota, Firmino pastikan Liverpool terus hambat Manchester City
Astro Arena
Mac 17, 2022 04:20 MYT
Mac 17, 2022 04:20 MYT
Diogo Jota (kiri) dan pemain Arsenal Cedric Soares berebut bola dalam perlawanan EPL antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, 16 Mac 2022. (Foto AP)
ARSENAL 0 LIVERPOOL 2
Liverpool kini hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, selepas menewaskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Gol daripada Diogo Jota dan Roberto Firmino dalam babak kedua sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, sudah pasti tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan tetapi pasukannya masih kekal di tangga keempat EPL dengan kelebihan satu mata di depan Manchester United dan dua perlawanan dalam tangan.
Liverpool pula kian menghambat Manchester City untuk kini hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu liga itu selepas mengumpulkan 69 mata daripada 29 perlawanan.
Seterusnya, Arsenal akan bertandang ke laman Aston Villa bagi perlawanan EPL hujung minggu ini manakala Liverpool pula akan berkunjung ke laman Nottingham Forest bagi penentuan suku akhir Piala FA.