Jordi Amat sah sertai JDT

Astro Arena
Jun 30, 2022 10:07 MYT
JDT melalui laman sosial rasmi pada Rabu mengesahkan kedatangan Jordi Amat yang dijangka menyarung jersi nombor 55. - Foto Johor Southern Tigers/Astro ARENA
PEMAIN berdarah campuran Indonesia-Sepanyol, Jordi Amat, sah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT), demikian diumumkan kelab Harimau Selatan itu dalam satu kiriman di laman sosial rasmi mereka, Johor Southern Tigers.
Dikhabarkan, pemain berusia 30 tahun itu, yang sebelum ini pernah menyarung jersi Espanyol, Swansea City, Rayo Vallecano dan Real Betis, menolak tawaran daripada kelab Greece, Panathinaikos, untuk ke Iskandar Puteri.
Sebelum ini, heboh di laman-laman sosial apabila netizen Indonesia meminta agar pertahanan tengah itu kekal diberaksi di Eropah menjelang proses naturalisasinya.
Bagaimanapun, JDT semalam mengesahkan kedatangan Jordi Amat daripada kelab Belgium. K.A.S Eupen dan dijangka akan menyarung jersi nombor 55.

Jordi Amat signs for More photos at https://t.co/e1ln0Pv84m#NewSigning#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/tXl3HdHhSp

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jordi Amat #JDT #netizen Indonesia
;