'Jordan Boy' mahu buat kejutan pada Saiful Merican dengan skil baharu

Haider Yutim
Julai 9, 2019 23:12 MYT
MOHAMMED: Saya harap dapat bawa ilmu ini ke gelanggang. - Foto ONE Championship
Atlet Muay Thai tanah air, Mohammed Mahmoud akui pengalamannya yang ‘tidak seberapa’ akan menjadi faktor penentu pada pertarungannya dengan rakan senegara Saiful Merican nanti.
Bagaimanapun, Mohammed atau lebih dikenali sebagai Jordan Boy, yakin strategi terbaharunya mampu menewaskan petarung veteran itu di acara ONE: Masters Of Destiny, Jumaat ini.
“Satu-satunya skil yang paling saya dalami sepanjang kem latihan ialah ‘southpaw stance’ (berdiri kidal).
“Saya harap dapat bawa ilmu ini ke gelanggang,” kata anak kelahiran Kedah itu.
Meskipun langkah ‘southpaw’ suatu yang baharu baginya, namun dia positif dapat membiasakan diri dengan pergerakan itu.
BACA: Saiful, Jordan Boy akui 'kurang senang' bertarung sesama sendiri
“Kadang-kala mereka tak sangka kita nak tukar langkah. Tetapi jika cara itu berkesan, ia boleh mengganggu permainan mental mereka.
“Itu yang dilakukan Agilan Thani pada Yoshihiro Akiyama, dan ia berkesan,” katanya.
Terdahulu, ONE Championship pada Selasa telah mengadakan 'open workout' sempena acara 'ONE: Masters Of Destiny' akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, 12 Julai ini.
Selain Mohammed dan Saiful, antara bintang seni bela diri lain yang hadir termasuk Giorgio Petrosyan, Petchmorakot Petchyindee Academy, Daichi Abe, Jomary Torres dan juga atlet-atlet negara Ev Ting dan Jihin Radzuan.
#Jordan Boy #martial arts #Mohammed Mahmoud #Muay Thai #ONE Championship #ONE MASTERS OF DESTINY #Saiful Merican #seni bela diri
;