Jonathan McKain gagal menyerlah - Azraai

Astro Arena
Jun 24, 2015 00:00 MYT
Bagi Azraai, awang import Jonathan McKain gagal menyerlah selaku pemain tengah pada Selasa. - Gambar Astro ARENA
Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.
Bagi Azraai, awang import Jonathan McKain gagal menyerlah selaku pemain tengah pada Selasa.
Hanya selepas McKain dikeluarkan dan Norhafiz Zamani Misbah beraksi di posisi itu, ia membolehkan Kelantan lebih menguasai bahagian tengah.
Azraai kini mahu, barisan pemain Kelantan untuk menggandakan usaha sebelum aksi Liga Super berdepan Lions XII di Stadium Jalan Besar pada 4 Julai.
Dalam pada itu, pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria menyifatkan kesilapan pertahanan import, Ivan Dragicevic membolehkan lawan menyamakan kedudukan.
#Azraai Khor Abdullah #Jonathan McKain #Kelantan #Lions Xii #Norhafiz Zamani Misbah.Liga Super #Stadium Jalan Besar
;