Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta
Astro Arena
Februari 20, 2025 15:47 MYT
Februari 20, 2025 15:47 MYT
Dalam momen itu, Jennana dilihat mengalirkan air mata tanda terharu menerima hadiah istimewa daripada anak keduanya itu. - Instagram Jojo Ghazali
Petarung Muay Thai negara, Johan Ghazali, malam tadi berkongsi momen istimewanya menghadiahkan ibunya jam tangan berjenama Rolex.
Sensasi One Championship itu kini sedang merintis kegemilangan di persada antarabangsa dan sudah pasti ia waktu terbaik untuk membalas jasa ibunya, Jennana Johnson.
Dalam momen itu, Jennana dilihat mengalirkan air mata tanda terharu menerima hadiah istimewa daripada anak keduanya itu.
"Hadiah istimewa buat seorang yang amat-amat istimewa," coret Jojo dalam satu kiriman Instagram.
"Alhamdulillah, Allah merahmati saya untuk memberikan sesuatu buat seseorang yang berada bersama sejak hari pertama dan tanpa sebarang keraguan, akan sentiasa berada bersama untuk saya."