Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Bernama
Jun 1, 2024 06:45 MYT
Jun 1, 2024 06:45 MYT
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Joachim Chuah dan Sehveetrraa Kumar masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pada siri keempat Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024 hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Kelab Kriket Kowloon, Joachim, 19, pemain bukan pilihan mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.
Dalam pada itu, Sehveetrraa, menerima hadiah hari lahir ke-19 Isnin ini, apabila menewaskan pemain tuan rumah Ching Hei Fung, 11-7, 11-4, 11-3.
Keua-kedua juara itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$$6,000 (kira-kira RM28,242).
Sementara itu, Sehveetrraa, pemain kelahiran Kedah, berkata beliau amat bebesar hati untuk merangkul kejuaraan keduanya selepas memenangi Terbuka Bondi 2023 di Sydney, Australia, November lalu.
"Saya rasa strategi corak permainan saya telah memaksa lawan melakukan banyak kesilapan,"katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi Persatuan Raket Skuasy Malaysia kepada media semalam.
-- BERNAMA