Jironi kecewa gagal tepati sasaran di AUG

Astro Awani
Disember 18, 2012 07:45 MYT
Atlet olahraga kebangsaan Jironi Riduan memohon maaf selepas gagal menepati sasaran yang ditetapkan buat dirinya di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Vientiane, Laos.
Dia sekadar membawa pulang dua perak dalam saingan kali ini.
Jironi sebelum ini menjadi sandaran negara untuk meraih dua emas dalam acara 800m dan 1,500m. Namun dia diatasi peserta Vietnam Duong Van Thai yang menguasai acara berkenaan.
Walaupun kecewa gagal menepati sasaran, Jironi tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan dalam saingan AUG kali ini.
Skuad olahraga negara menutup tirai saingan hari terakhir AUG kali ini dengan meraih empat perak dan satu gangsa.
Dua pingat perak diraih dalam acara 1,500m lelaki dan wantia menerusi Jironi dan K.Gantimathi.
Satu lagi disumbangkan atlet lompat jauh Siti Zubaidah Adabi. Turut meraih pingat perak adalah kuartet 4x400m negara.
Sementara pingat gangsa diperoleh dalam acara lontar peluru wanita menerusi Rahilah Othman.
#Jironi Riduan #Sukan Universiti Asean
;