Jimenez sudah 'sedar dan bernafas'
Astro Arena
November 30, 2020 10:34 MYT
November 30, 2020 10:34 MYT
PENYERANG Wolverhampton Wanderes, Raul Jimenez, 'telah sedar dan bernafas' di hospital susulan kecederaan kepala yang dialami ketika pasukan mereka kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Jimenez bertembung dengan pertahanan tengah Arsenal, David Luiz, di Stadium Emirates, dan terpaksa meninggalkan padang selepas menerima rawatan pegawai perubatan dan menggunakan alat pernafasan.
Ketika dipindahkan ke hospital, Wolves berjaya mengatasi tuan rumah, dengan jaringan disumbang oleh Pedro Neto dan Daniel Podence bagi melonjakkan pasukan ke tangga keenam.
"Ketika ia berlaku, anda sudah mengetahuinya," kapten pasukan, Conor Coady, memberitahu Sky Sports, apabila ditanya mengenai kecederaan dialami Jimenez selepas insiden tersebut.
"Saya berharap David Luiz juga tidak mengalami kecederaan yang serius, ia merupakan sesuatu yang mengerikan. Anda tidak mahu melihat perkara itu dalam bola sepak.
"Buat masa ini, dia berada di hospital dan telah sedarkan diri serta bernafas. Saya tidak tahu dengan lebih lanjut.
"Raul merupakan pemain yang penting dalam pasukan dan ia merupakan satu pertembungan yang besar."
#Wolverhampton Wanderes
#Raul Jimenez
#sedar
#cedera
#kecederaan kepala
#EPL
#Arsenal
#David Luiz
#pertembungan
#pelanggaran