Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga AS$9.28 juta
Bernama
Mei 5, 2022 10:30 MYT
Mei 5, 2022 10:30 MYT
LONDON: Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby's, London pada Rabu dengan harga AS$9.28 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia, lapor Agensi Anadolu.
Rekod sebelum ini dipegang Babe Ruth untuk jersi yang dipakainya dalam perlawanan musim 1928-1930 bersama New York Yankees yang dijual pada harga AS$5.64 juta pada 2019.
Gol jaringan Maradona ketika itu menjadi popular dan dikenali "Hand of God” membolehkan Argentina menewaskan England untuk merangkul Piala Dunia yang kedua dan terakhir pasukan itu setakat ini.
Ketika itu Maradona berusia 25 tahun selaku kapten Argentina.
Maradona, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 25 November 2020 dan dianggap antara bintang bola sepak terhebat dunia.
-- BERNAMA