Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan

Astro Arena
Januari 24, 2025 11:00 MYT
Jersi rasmi pasukan bola sepak Indonesia ini mengguna pakai tema Pusaka: Semarak Kebanggaan Indonesia. - Foto StadiumAstro
JERSI rasmi baru yang bakal digunakan skuad bola sepak Indonesia mencuri tumpuan dengan kali ini hanya menggunakan jenama sukan tempatan.
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menggunakan warna ikonik skuad Garuda iaitu merah dan putih.
Jenama Erspo itu menjalin kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) selama dua tahun dengan jersi itu mengenakan tema Pusaka: Semarak Kebanggaan Indonesia.

Siapa kita? INDONESIA! pic.twitter.com/00APf9BgkB

— ERSPO (@erspoofficial) January 23, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Indonesia #bola sepak #jersi #jenama tempatan
;