Jepun panjangkan kontrak Moriyasu hingga Piala Dunia 2026

Astro Arena
Disember 29, 2022 13:13 MYT
Moriyasu ketika bercakap pada sidang media di Tokyo, 28 Dis 2022. (Kyodo News via AP)
KETUA jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, melanjutkan kontraknya bersama pasukan kebangsaan itu selepas prestasi memberangsangkan dalam Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.
Skuad Samurai Biru itu antara yang mencuri tumpuan dalam kejohanan berkenaan, di mana mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol untuk menjuarai Kumpulan E sebelum tewas kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti pusingan 16.
Selepas aksi memberangsangkan di Qatar, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun, Kozo Tajima, mengumumkan bahawa Moriyasu telah melanjutkan kontraknya sehingga Piala Dunia 2026, yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada.
Dengan Jepun berada di ranking ke-50 sewaktu dia mula mengambil alih pasukan itu pada 2018, Moriyasu berhasil membawa pasukan kebangsaan itu meningkat untuk kini berada di ranking ke-20 dunia -- kedudukan terbaik mereka sejak 2005 (ke-15 dunia).
#Hajime Moriyasu #Jepun #piala dunia qatar #lanjutan kontrak
;