Jelajah Dunia Akhir: Yew Sin-Ee Yi buru tempat ke final, berdepan The Daddies

Bernama
Disember 9, 2022 16:40 MYT
Pemain beregu lelaki negara Ong Yew Sin (kanan) dan Teo Ee Yi beraksi menentang pemain beregu lelaki Taiwan Lee Yang dan Wang Chi-Lin pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022, Jun lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berdepan gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022, di Bangkok, Thailand, Sabtu,
Pilihan ketiga kejohanan Yew Sin-Ee Yi menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 10-21, 21-17, 21-19, untuk mengungguli Kumpulan A manakala gandingan The Daddies muncul naib juara kumpulan B selepas tewas kepada Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China 21-13, 21-18.
Selaku juara kumpulan B, Yu Chen-Xuan Yi akan berdepan Fajar-Muhammad Rian di separuh akhir.
Satu lagi wakil negara yang mara ke separuh akhir, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul naib juara kumpulan B dan menempah pertemuan dengan wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
Beregu campuran profesional negara itu melangkah ke separuh akhir selepas menang mudah ke atas wakil tuan rumah Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-17, 22-20.
Berikut keputusan undian pusingan separuh akhir hari ini:
Perseorangan lelaki:
-----------------------------
Jonatan Christie (INA) lwn Anthony Sinisuka Ginting (INA)
Viktor Axelsen (DEN) lwn Kodai Naraoka (JPN)
Perseorangan wanita:
-------------------------------
Chen Yu Fei (CHN) lwn Akane Yamaguchi (JPN)
Tai Tzu Ying (TPE) lwn He Bing Jiao (CHN)
Beregu wanita:
---------------------
Zhang Shu Xian-Zheng Yu (CHN) lwn Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN)
Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard (THA) lwn Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (KOR)
Beregu campuran:
--------------------------
Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) lwn Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA)
-- BERNAMA
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi #Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia BWF 2022 #Yu Chen-Xuan Yi #Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto