Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia terlalu kuat untuk kumpulan B

Bernama
Disember 3, 2021 23:09 MYT
Pemain nombor tujuh dunia itu mengekalkan kemenangan 100 peratus di kejohanan itu. - Gambar fail/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, menamatkan perlawanan terakhirnya di Kumpulan B dengan satu lagi kemenangan, kali ini dengan menewaskan K.Srikanth pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF (Badminton World Federation) di Bali, Indonesia.
Pemain nombor tujuh dunia itu mengekalkan kemenangan 100 peratus di kejohanan itu selepas kemenangan ke atas pemain dari India itu, 21-19, 21-14, pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua, Indonesia.
Kemenangan ini menyaksikan Zii Jia layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan B, manakala Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang menduduki tempat kedua juga layak.
Sementara itu pasangan bergu wanita Pearly Tan-M. Thinaah mengalami kekalahan kali kedua mereka, kali ini kepada pemenangan pingat emas Olimpik Tokyo Greysia Polii-Apriyani Rahayu, 18-21, 11-21 sekali gus menamatkan cabaran meeka di Bali selepas menduduki tempat ketiga Kumpulan A.
Dalam masa yang sama, pasangan bergu campuran Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing juga terkeluar selepas menamatkan kempen di tempat tercorot Kumpulan A, berikutan kekalahan kepada pasangan Denmark Mathias Christiansen-Alexandra Boje, 15-21, 17-21.
#Lee Zii Jia #Jelajah Dunia Akhir BWF #Bali #Malaysia
;