JDT umum seorang lagi pemain import baharu

Bernama
Julai 28, 2024 15:39 MYT
Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Perancis, Enzo Lombardo. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Perancis, Enzo Lombardo selepas Park Jun Heong diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu semalam.
Pengumuman pengambilan pemain berusia 27 tahun itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Video dengan kapsyen 'Welcome to the home of the Southern Tigers, Enzo Lombardo! (Selamat datang ke 'rumah' Harimau Selatan, Enzo Lombardo) tersebut turut memaklumkan bahawa bekas pemain Real Mallorca itu akan menyarung jersi bernombor 7.
Terdahulu, kelab dari selatan tanah air itu mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong, 31, menyertai pasukan tersebut.
-- BERNAMA
#JDT #pemain import baharu #Enzo Lombardo #Harimau Selatan