JDT umum pemain baharu dari Sepanyol esok
Bernama
Januari 19, 2022 17:41 MYT
Januari 19, 2022 17:41 MYT
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.
Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.
"Kami akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.
"JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.
Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari.
-- BERNAMA