Bagai merpati dua sejoli nampaknya bila mana ramai peminat fanatik mereka masing-masing berkongsi gambar-gambar menarik ketika majlis mereka berlangsung.
Sebagai rekod, Syamer telah mulakan kariernya bersama skuad JDT II sejak tahun 2019 dan hingga kini telah berada dalam skuad senior.
Tetapi, aksi terakhirnya untuk musim 2023 adalah pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Negeri Sembilan, 23 September dan selebihnya dia dipilih untuk berada di bangku simpanan sahaja.
Manakala, Feroz yang dikategorikan sebagai pemain harapan JDT pula sedang berada di landasan terbaik dan berjaya menjaringkan dua gol buat pasukannya dalam aksi Liga Super musim ini.
Perjalanan kariernya sama seperti Syamer, di mana dia mula mengorak langkah sejak di JDT II pada tahun 2020 dan diberi kepercayaan untuk menguatkan barisan hadapan skuad utama JDT pada 2022.