JDT santuni anak yatim buka puasa di Stadium Sultan Ibrahim

Astro Arena
Mac 22, 2025 16:30 MYT
Anak-anak terbabit berpeluang meluangkan masa bersama tonggak utama Harimau Selatan seperti Matthew Davies, Corbin Ong dan Nazmi Faiz Mansor. - Stadium Astro
BERSEMPENA bulan Ramadan penuh berkat, gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) berkesempatan menyantuni anak-anak yatim dengan menyediakan jamuan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Mereka juga berpeluang meluangkan masa bersama tonggak utama Harimau Selatan seperti Matthew Davies, Corbin Ong dan Nazmi Faiz Mansor sebelum jamuan disediakan.
"Kami daripada kalangan pemain JDT berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Fitrah Qaseh di SSI," kata penjaga gol, Farizal Marlias.
"Sangat menakjubkan apabila melihat betapa bersyukurnya mereka ini.

JDT RAMADAN SPECIAL | EPISODE 3 - JDT Spreads Love & Kindness A meaningful iftar with orphans at Sultan Ibrahim Stadium, filled with smiles, laughter, and warm connections #JDTFamily #JDTForAll #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/UBhFcBZu18

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 22, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Seronok dapat berbuka puasa bersama mereka.
"Saya sangat bersyukur dengan apa yang kami ada dalam hidup ini," kata Davies. -- Stadium Astro
#JDT #berbuka puasa #anak yatim #Ramadan #Stadium Sultan Ibrahim
;