JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin

Astro Arena
Februari 26, 2024 17:45 MYT
Jentera yang berasaskan Ducati Panigale V4R itu tampil serba gelap dengan sedikit warna merah dan biru melambangkan pasukan JDT itu sendiri.
MENJELANG musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
Jentera yang berasaskan Ducati Panigale V4R itu tampil serba gelap dengan sedikit warna merah dan biru melambangkan pasukan JDT itu sendiri.
Bekas pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin, yang akan membintangi pasukan itu seakan gembira melihat jentera yang bakal ditunggangnya pada ARRC nanti.

Somethings brewing Stay Tuned! #jdtracingteam pic.twitter.com/MEVaSYMTUO

— JDT Racing Team (@jdtracingteam) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini susulan video yang dimuat naik di aplikasi Instagram miliknya di mana dia turun ke Litar Antarabangsa Sepang untuk melihat sendiri hasil kerja pasukannya terhadap jentera baharu itu.
Dalam pada itu, dikatakan JDT Racing Team menjadikan World SBK Championship sebagai sasaran pentas yang akan disertai pada masa akan datang nanti. - Stadium Astro
#JDT Racing Team #Hafizh Syahrin #jentera baharu #ARRC
;