JDT menang Piala FA: “No comment” - Tunku Ismail

Astro Awani
Ogos 24, 2024 07:15 MYT
Tunku Ismail trofi Piala FA yang diraih oleh JDT selepas menewaskan Selangor FC malam tadi. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung kejayaan kelab berkenaan memenangi Piala FA menewaskan Selangor FC malam tadi.
No comment (tiada komen),” tulis Tunku Ismail ringkas dalam hantaran di akaun media sosial baginda.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis “Why comment? Just win baby…”
Dalam satu perkongsian lain, baginda menulis: "We don't talk, play victim, create drama, conspiracy and making empty promises - We "WIN"..." dan "Allah sentiasa membantu, memihak kepada orang yang benar dan dianiaya. Alhamdulillah".
Sebelum ini, JDT mengundang seribu persoalan dalam kalangan wartawan sukan apabila pembantu jurulatih Jose Lopez dan pemain pertahanan Junior Estdal hanya menjawab 'tiada komen' dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Jumaat.
Pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, d sini, malam tadi, JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA tiga kali berturut-turut selepas membelasah Selangor FC 6-1.
Gol JDT dijaringkan oleh Juan Muniz pada minit ke-26, 27 dan 89, Arif Aiman Hanapi (m-42) dan Bergson Da Silva (62) dan Heberty Fernandes (76) manakala gol saguhati Gergasi Merah dijaringkan oleh Alvin Fortes (59).
#final piala FA #JDT #no comment #Tunku Ismail Sultan Ibrahim