JDT menang bergaya dengan jersi baharu

Astro Arena
April 9, 2024 04:36 MYT
Dengan menyarung jersi yang baru dilancarkan musim ini, pasukan itu dilihat bergaya dan berada di dalam kelas yang tersendiri ketika beraksi di atas padang. - Foto JOHOR Southern Tigers
KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Empat jaringan gol itu dijaringkan oleh Fernando Forestieri, Heberty Fernandes dan dua gol lagi oleh Juan Muniz.
Dengan menyarung jersi yang baru dilancarkan musim ini, pasukan itu dilihat bergaya dan berada di dalam kelas yang tersendiri ketika beraksi di atas padang.

FT: JDT [4-0] LION CITY SAILORS (Fernando Forestieri 41 (pen) / Juan Muniz 45, 67 / Herberty Fernandes 52) More photos at https://t.co/Epe7SSHw32#JDTvLCS#InternationalFriendly#whatcanyoudo#TheTMJeffect pic.twitter.com/FcJvlaDaiW

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Harimau Selatan itu akan memulakan kempen pra-musim mereka di Sepanyol bermula 14 April ini dengan tujuh perlawanan bakal menanti mereka di sana nanti.
#JDT #perlawanan persahabatan #Lion City Sailors #jersi baharu