JDT bentuk pasukan hoki ais

Bernama
Februari 12, 2021 01:32 MYT
Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi, menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers semalam.
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.
Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers semalam.
"Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang," menurut hantaran itu.
Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.
"Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Sumber Facebook johorsoutherntigers.com.my
#JDT #Johor Southern Tigers #Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismai #Iskandar Puteri #hoki ais #sukan #gelanggang #Johor Darul Ta'zim #Hoki Ais JDT #Yayasan Tunku Mahkota Ismail