JDT akan tandatangi pemain serangan Argentina untuk Liga-M 2021

Bernama
Januari 13, 2021 04:37 MYT
Menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) mendedahkan, yang agen Herrera telah bersetuju dengan perjanjian verbal, bersama skuad Southern Tigers mengenai perkara tersebut.
KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkuatkan pasukan mereka sebagai persiapan Liga Malaysia 2021 (Liga-M), selepas pasukan itu dilaporkan akan menandatangani seorang penyerang Argentina Jonathan Herrera dari Premira B Nacional, Deportivo Riestra.
Primera B Nacional merupakan divisyen dua pertandingan Liga Bola Sepak Argentina.
Menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) mendedahkan, yang agen Herrera telah bersetuju dengan perjanjian verbal, bersama skuad Southern Tigers mengenai perkara tersebut.
Laporan itu juga mendakwa yang pemain bahagian serangan Argentina berusia 29 tahun itu, akan terbang ke Malaysia pada Sabtu dan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama JDT.
Sebelum ini pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan yang kelab itu telah pun menandatangani penyerang Brazil Camilo Da Silva Sanvezzo dari kelab Liga Mexico, Tijuana dan juga pemain tengah kebangsaan Muhammad Daniel Amier Norhisham daripada Felda United.
Sementara itu beberapa laporan di Australia mendakwa yang JDT telah bersetuju untuk meminjamkan dua pemain mereka iaitu pemain naturalisasi Malaysia Liridon Krasniqi dan juga pemain muda Indonesia Syahiran Abimanyu, kepada pasukan Liga Australia, Newcastle Jets.
Bagaimanapun wakil JDT ketika dihubungi Bernama pada Rabu, enggan mengulas kedua-dua laporan tersebut, namun menyatakan yang kelab itu akan membuat pengumuman dalam Facebook Johor Southern Tigers.
-- BERNAMA
#JDT #Liga Malaysia 2021 #Liga-M #Premira B Nacional #Deportivo Riestra #Jonathan Herrera
;