Jay Idzes muncul pemain Indonesia pertama beraksi di Serie A Itali
Astro Arena
Ogos 26, 2024 13:34 MYT
Ogos 26, 2024 13:34 MYT
PEMAIN skuad kebangsaan Indonesia, Jay Idzes, mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Indonesia yang bermain di Serie A Itali.
Dalam penampilan pertamanya bersama Venezia, Jay membantu pasukannya meraih satu mata selepas mengikat Fiorentina seri tanpa jaringan di Stadion Artemio Franchi.
Dia diturunkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Marin Sverko dan Giorgio Altare di bahagian pertahanan.
Idzes juga hampir mencetak gol pada minit ke-18 ketika menerima umpanan Alfred Duncan menerusi sepakan sudut. -- Stadium Astro