Javi Martinez bakal beraksi menentang Arsenal

AFP
Februari 17, 2013 14:59 MYT
Pemain tengah Bayern Munich Javi Martinez dijangka akan beraksi untuk menghadapi Arsenal dalam pertembungan pada Liga Juara Bundesliga sejurus selepas bintang bola sepak Sepanyol itu pulih dari kecederaan kakinya menurut jurulatih Munich, Jupp Heynckes.
Pemain berusia 24 tahun itu menjadi peneraju Bayern 2-0 dalam memenangi Bundesliga di VfL Wolfsburg walaupun mengalami kecederaan di jari ibu kakinya.
Setelah sesi rawatan dan latihan pada hujung minggu lalu, pemain itu dijangka akan mula beraksi untuk 16 perlawanan terakhir bertempat di Stadium Arsenal Emirates .
“Ianya bergantung bagaimana kecederaan ini bertindak balas, tetapi saya fikir ianya tidak akan menjadi masalah,” kata Martinez
Martinez yang telah menjalinkan keserasian bersama pemain tengah Bastian Schweinsteiger, dijangka bakal memberikan tentangan hebat pada perlawannya nanti.
Sementara itu, walaupun Arsenal tersingkir pada Piala FA selepas kekalahan 1-0 di tanah sendiri untuk Kejohanan sampingan Blackburn Rovers, Heynckes berkata, beliau menjangkakan perlawanan sengit bakal berlansung menentang Gunners di London.
"Walaupun tertewas pada perlawanan sebelum ini, Arsenal telah menemui rentaknya sekali lagi dalam beberapa minggu lepas dimana rentak perlawanan mereka sangat baik yang dilihat mampu membawa pasukan itu ke hadapan," tambahnya.
#Arsenal #Bayern Munich #Bundesliga #Javi Martinez