Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal

Sinar Harian
Oktober 23, 2024 10:20 MYT
Martinelli (kiri) mengejar bola sambil diikuti rapat pemain lawan Mykola Matviyenko, ketika perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara antara Arsenal dan Shakhtar Donetsk, di Stadium Emirates, London, 22 Okt 2024. (Foto AP)
ARSENAL terpaksa mengharapkan jaringan sendiri pasukan lawan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Emirates pada awal pagi Rabu.
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik sebelum terpaksa terpaksa menahan beberapa asakan lewat daripada lawan mereka dari Ukraine itu.
Arsenal, yang tewas 0-2 kepada Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menjadi kekalahan pertama musim ini membuat permulaan pantas dengan pemain Brazil Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus kedua-duanya mempunyai peluang baik sebelum gol pembukaan pada minit ke-29.
Rembatan rendah daripada Martinelli terkena tiang sebelum terkena ke arah penjaga gol Shakhtar, Dmytro Riznyk sekali gus bola bergolek ke gawang yang menjadi satu-satunya gol perlawanan itu.
"Kami mempunyai empat peluang besar (pada separuh masa pertama). Kami sepatutnya menukarnya dan memenangi perlawanan lebih awal. Separuh masa kedua sukar katanya.
"Kami kelihatan letih ketika memegang bola atau tanpa bola," kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.
Shakhtar, yang masih belum menang dalam Liga Juara-Juara musim ini, memberikan lebih tekanan kepada Arsenal selepas rehat dan hampir menyamakan kedudukan apabila pemain gantian Pedrinho melakukan percubaan jarak jauh yang diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal David Raya pada masa kecederaan.
“Saya rasa kami berhak mendapat gol penyamaan. Kami memburu gol penyamaan sehingga tamat permainan... kami melakukan yang terbaik," jurulatih Shakhtar, Marino Pusic. - Sinar Harian
#Arsenal #Liga Juara-Juara #Shakhtar Donetsk #bola sepak
;