Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Bernama
Februari 15, 2025 23:15 MYT
Februari 15, 2025 23:15 MYT
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis. - Gambar fail/AP
LONDON: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis, lapor PA Media/dpa.
Sinner mencapai penyelesaian dengan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas dua ujian salah guna dadah tahun lepas menunjukkan keputusan positif.
Pemain berusia 23 tahun dari Itali itu, yang menjuarai Terbuka Australia bulan lepas, digantung mulai 9 Februari hingga 4 Mei.
Bagaimanapun, beliau masih layak untuk beraksi dalam Kejohanan Grand Slam seterusnya tahun ini, Terbuka Perancis, yang dijadual bermula pada 19 Mei di Roland Garros.
--BERNAMA-PA MEDIA/dpa