'Janganlah hukum anak terlalu berat' - pesan Putin kepada ayah Khabib

Agensi
Oktober 12, 2018 13:35 MYT
Putin (kiri) ketika bertemu dengan Khabib (kanan) dan ayahnya, Abdulmanap. - Foto Sputnik/Mikhail Klimentyev/Kremlin via REUTERS
Presiden Rusia Vladimir Putin mengingatkan bapa Khabib Nurmagomedov supaya tidak mengenakan hukuman terlalu berat ke atas anaknya selepas kemenangan anaknya di UFC 229 hujung minggu lalu.
Selepas meraih kemenangan Sabtu lalu dengan menewaskan Conor McGregor, Khabib pulang sebagai hero negara, lebih 10,000 peminat menantikan kepulangan beliau di tanah kelahirannya di Dagestan, Rusia.
‘Drama’ di antara Khabib dan McGregor pada pusingan keempat dalam pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu apabila bintang seni kelahiran Rusia mempamerkan kuncian ‘rear naked choke’ pada minit 3.03.
BACA: Kalau pecahkan kereta saya, saya beritahu bapa kamu'
Hampir mengakhiri 'showdown' itu, bintang seni bela diri kelahiran Ireland McGregor kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga sebelum pertarungan dibawa ke ‘ground’.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
BACA: MMA: 'Saya lawan Khabib sajalah nanti' - Nate Diaz
Selepas kemenangan anaknya, portal berita di seluruh dunia dihangatkan dengan tajuk berita berhubung 'amaran keras' bapa Khabib yang merupakan bekas peninju Rusia Abdulmanap Nurmagomedov. Abdulmanapa yang menonton aksi anaknya di kampung halaman mereka di Rusia dilaporkan berkata, hukuman berat bakal menanti anaknya apabila Khabib pulang ke rumah.
Namun, apabila dijemput untuk berjumpa Presiden Rusia yang cukup digeruni oleh pemerhati politik dan geopolitik dunia berkenaan, Abdulmanap diingatkan Putin supaya ‘jangan terlalu berat menghukum anaknya…’
#Abdulmanap Nurmagomedov #Amerika Syarikat #bela diri #Conor McGregor #Fenomena #Hukuman #Ireland #Khabib Nurgomedov #Rusia #UFC 229 #viral #Vladimir Putin
;