Jangan taruh harapan tinggi kepada Raducanu - Henman
Astro Arena
Oktober 9, 2021 11:03 MYT
Oktober 9, 2021 11:03 MYT
EMMA Raducanu masih memerlukan banyak peningkatan dan terlalu awal untuk melihatnya sebagai pencabar semua gelaran, menurut Tim Henman.
Pemain berusia 18 tahun itu menikmati kejayaan yang mengejutkan di Terbuka AS, memenangi saingan grand slam tanpa ketinggalan dalam sebarang set.
Raducanu akan kembali ke gelanggang sejarah kemenangan di Flushing Meadows ketika berdepan Aliaksandra Sasnovich dalam Terbuka Indian Wells Jumaat depan.
Bintang muda itu dilihat sebagai pilihan kejohanan, di mana ia dilihat sebagai salah satu kejohanan yang besar berbanding empat grand slam yang dianjurkan setiap tahun.
Sementara terdapat perbincangan mengenai peluang dia melangkah ke saingan WTA Akhir penghujung musim ini dan layak beraksi dalam Wimbledon tahun depan.
Bagi rakan senegaranya, Henman, menggesa peminat supaya tidak terlalu meletakkan harapan tinggi kepada Raducanu sebelum perlawanan pertama dalam 27 hari berdepan lawan yang berpengalaman seperti Sasnovich.
"Saya berasakan perbincangan ini mendahului apa yang boleh kita harapkan," kata Henman kepada talkSPORT.
"Dia telah menunjukkan potensi besarnya dengan apa yang dia lakukan di New York, tetapi dia masih sangat muda dan kurang berpengalaman.
"Buat masa ini, perkara paling penting adalah memastikan dia terus berkembang sebagai pemain."