Jangan layan 'drama' pertemuan Mayweather-Khabib, kata Presiden UFC
Astro Awani
Oktober 20, 2018 20:42 MYT
Oktober 20, 2018 20:42 MYT
Presiden UFC Dana White meminta semua pihak supaya jangan 'melayan' desas desus mengenai pertembungan antara juara light weight MMA dunia, Khabib Numagomedov dengan Floyd Mayweather.
Memetik laporan ESPN, katanya sehingga kini jaguh tinju Amerika Syarikat itu masih belum munghubungi pihak UFC meskipun Mayweather dan Khabib dilaporkan sudah bersetuju untuk berlawan.
"Jangan layan. Pasukan Mayweather tidak menghubungi kami langsung, dan Khabib masih di bawah kontrak UFC.
"Kami belum berbincang dengan sesiapa pun dari pasukan Mayweather. Floyd memang bijak menaikkan kembali namanya bila dia dah bersedia," katanya dalam satu temubual dengan ESPN, semalam.
Kata White, dia mahu Khabib berdepan dengan bekas juara lightweight interim UFC, Tony Ferguson terlebih dahulu berbanding Mayweather mahupun jaguh MMA Ireland, Conor McGregor.
Terdahulu, Mayweather dilaporkan telah menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekaligus menjadikan impian ramai peminat sukan tempur satu kenyataan.
Meskipun tidak jelas sama ada mereka mahukan pertandingan tinju ataupun MMA, Mayweather memaklumkan jika Khabib mahu berlawan, ia haruslah pertarungan tinju dan perlu diadakan di Las Vegas.
Bagai buku bertemu ruas, Khabib cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam 27 pertarungan MMA, manakala Mayweather pula peroleh rekod kemenangan 50-0.
#Conor McGregor
#Dana White
#Floyd Mayweather
#juara dunia
#Khabib Numagomedov
#MMA
#Presiden UFC
#UFC