'Jangan guna pemain JDT' - Netizen sokong pendirian TMJ
Madiha Abdullah
Jun 18, 2015 17:22 MYT
Jun 18, 2015 17:22 MYT
Tunku Ismail tidak teragak-agak untuk tidak lagi membenarkan pemain JDT beraksi untuk skuad negara jika situasi salah-menyalahkan itu berterusan.
KEKALAHAN memalukan skuad Harimau Malaya kepada Palestin Selasa lalu mengundang rasa tidak puas hati ramai penyokong. Bukan setakat itu, ramai yang mula menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu.
Paling terasa dengan situasi ini adalah pemain Johor Darul Takzim FC (JDT FC), memandangkan lima pemain dari pasukan tersebut tersenarai dalam kesebelasan utama, manakala dua lagi dalam senarai pemain simpanan.
Baginda juga tidak teragak-agak untuk tidak lagi membenarkan pemain JDT beraksi untuk skuad negara jika situasi salah-menyalahkan itu berterusan.
Di laman sosial, netizen nampaknya menyokong penuh pendirian TMJ itu. Kebanyakan mereka percaya, prestasi buruk skuad negara perlu dinilai dari peringkat akar umbi.
Ada juga yang meminta agar perkara tersebut tidak diperbesarkan dan TMJ perlu lebih tenang dalam menangani isu ini.
Kekalahan kepada Palestin dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 itu mengulangi mimpi buruk tewas kepada Oman dalam aksi persahabatan Mac lalu, dengan jumlah jaringan yang sama.\