Jamie Donaldson juarai Kejohanan Golf HSBC
Astro Awani
Januari 21, 2013 11:41 MYT
Januari 21, 2013 11:41 MYT
Catatan empat di bawah par pada hari terakhir Kejohanan Golf HSBC di Abu Dhabi memastikan kejuaraan menjadi milik Jamie Donaldson.
Dia menamatkan saingan dengan kelebihan satu pukulan di depan Justin Rose dan Thorbjorn Olesen. Cuaca baik turut membantu pemain-pemain mempamer persembahan bertenaga.
Bekas juara tiga kali kejohanan, Martin Kaymer mencatat tiga di bawah par tetapi ia sekadar meletakkannya di tempat keenam.
Sementara Rose yang memulakan hari terakhir sebagai pendahulu gagal mengekalkan rentak.
Dia nyaris membawa permainan ke penentuan playoff tetapi tidak dapat mencatat birdie yang diperlukan.
Sementara itu, Olesen memperoleh 69 pukulan meletakkannya 13 di bawah par keseluruhan.
Donaldson pula hanya sedikit kehilangan rentak di penghujung saingan tetapi ia tidak menghalangnya untuk menamatkan permainan di tempat pertama.
Ia juga gelaran kedua buat Donaldson selepas memenangi Terbuka Ireland tahun lalu.