Jalur Gemilang mula berkibar di Yangon
Bernama
Disember 10, 2013 07:30 MYT
Disember 10, 2013 07:30 MYT
Jalur Gemilang bersama-sama bendera 11 negara anggota ASEAN lain dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan SEA ke-27 Myanmar di sini, Selasa.
Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Md Saadon A.Shukor juga hadir pada majlis ringkas yang diadakan di Thuwunna National Indoor Stadium, Yangon sebagai tanda simbolik bahawa semua atlet bersedia untuk memulakan saingan pada temasya dwitahunan tersebut.
Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
Sebanyak tujuh acara akan berlangsung di Yangon iaitu bola sepak, hoki, gusti, kempo, angkat berat, menembak, dan bina badan.
Kontinjen negara mengambil bahagian dalam empat acara iaitu hoki, angkat berat, menembak dan bina badan.