Penjaga gol negara Izham Tarmizi mahu keputusan seri tanpa jaringan menentang Myanmar diterima dengan positif kerana sekurang-kurangnya membuatkan skuad negara lebih berhati-hati menjelang aksi play-off Piala Asia bertemu Timor Leste nanti.

Izham tidak mahu aksi di Myanmar berlalu begitu sahaja kerana percaya ada pengajaran yang perlu diambil dari keputusan yang kurang memuaskan itu.

Sekurang-kurangnya tiada istilah 'terlebih yakin' dalam skuad negara menjelang pertembungan dengan Timor Leste, selain meletakkan Malaysia dalam situasi berjaga-jaga.

"Keputusan macam ini bagus terutama dalam memberikan motivasi kepada pemain untuk memperbaiki permainan kami apabila berdepan Timor Leste nanti," katanya.

Pada masa sama, Izham akui sebarang kekurangan sudah dikenal pasti dan kini terserah kepada pemain untuk tidak mengulangi kesilapan sama di Johor Bahru nanti.


Seri dengan Myanmar, persediaan Malaysia dipersoal

Mengakui bahawa barisan pertahanan banyak diuji pada Sabtu, namun Izham menganggap situasi itu sebagai pendedahan yang baik sebelum berhadapan ujian sebenar.

"Saya memang tidak puas hati dengan keputusan itu kerana kita berpeluang untuk mencatat jaringan cumanya kita tidak melunaskan peluang yang terhidang," ujarnya.




Nov 2015: Izham layak menjadi penjaga gol pertama negara