Itu bukan Lo Celso yang kami kenali - Mourinho

Astro Arena
November 6, 2020 11:21 MYT
Giovani Lo Celso meraikan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan Liga Europa Kumpulan J antara PFC Ludogorets Razgrad dan Tottenham Hotspur di Arena Ludogorets, Razgrad, Bulgaria, 5 Nov, 2020. REUTERS
PENGURUS Tottenham, Jose Mourinho, mengkritik etika kerja Giovani Lo Celso tanpa mengawal bola ketika meraih kemenangan ke atas Ludogorets dalam saingan Liga Europa dan berkata tahap kecergasan pemain kelahiran Argentina itu tidak di tahap terbaik.
Lo Celso, yang mengalami kecederaan hamstring bulan lalu hingga terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menjaringkan gol terakhir Spurs ketika menang 3-1 di Bulgaria sebelum digantikan ketika perlawanan berbaki 18 minit.
Menyerlah ketika menyerang, melakukan tiga percubaan dan tiga hantaran penting bagi memastikan Spurs bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Royal Antwerp dalam Kumpulan J, sementara bekas pemain tengah Paris Saint-Germain juga membuktikan bahawa dia dapat membantu ketika bertahan.
Walau bagaimanapun, Lo Celso kehilangan bola 14 kali, dan Mourinho berkata pemain berusia 24 tahun itu perlu menunjukkan intensiti yang lebih tinggi jika mahu mengulangi prestasi terbaiknya ketika membuat penampilan sulung di England musim lalu.
"Dia bagus dengan bola dan tidak begitu bagus tanpa bola," kata Mourinho. "Keadaan fizikalnya tidak baik. Dia tidak menjalani persiapan pra musim.
"Dia kurang berlatih sebelum ini kerana memiliki masalah. Dia tidak berlatih pada masa itu ketika pemain-pemain lain berlatih sehingga dia sudah naik turun dalam persiapannya.

Feliz por el gol , pero sobre todo por el triunfo del equipo en un campo difícil Happy to score, but even happier for the team's win in a tough stadium. #COYS pic.twitter.com/PMmH8ToK48

— Giovani Lo Celso (@LoCelsoGiovani) November 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasakan bahawa ketika dia bermain, dia bukan Gio yang kami kenal, bukan Gio yang kami ketahui boleh menjadi pemain yang luar biasa. Tetapi dengan bola, tentu sahaja hebat dan dia mengetahui apa yang dia perlu lakukan dan memahami cara kami mahu bermain.
"Tetapi kita perlu lebih kuat untuk lebih sihat dan lebih kuat dalam peralihan. Sudah tentu, dia bermain lebih dari satu jam, dan untuk jam itu adalah perlawanan bola sepak yang perlu kami menang tetapi sesi latihan amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap kecergasannya."
#Liga Perdana Inggeris #EPL #Twitter #Jose Mourinho #bola sepak #England #Argentina #Paris #Giovani lo Celso #Liga Europa
;