Itali gagal ke Piala Dunia 2018, Buffon umum persaraan

Astro Awani
November 14, 2017 08:17 MYT
Pemain Sweden Marcus Berg (kanan) cuba merebut bola daripada pemain Itali Jorginho. -Reuters
ITALI gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi timbal balik menentang Sweden.
Ini merupakan kali kedua skuad Azzurri tidak layak ke pentas Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1930.
Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang, sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.
Itali kalah dengan agregat 0-1.
Kapten Itali Gianluigi Buffon turut umum persaraan selepas kekalahan tersebut.
Katanya, beliau berkilan menamatkan karier dengan gagal layak ke Piala Dunia.
#Azzurri #Itali #Piala Dunia #Sweden #wisel penamat
;