Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar

Astro Arena
Julai 17, 2021 07:51 MYT
Pemain Itali meraikan kemenangan mereka dalam Euro 2020, di Rom, 12 Julai 2021. - Gambar fail AP
ITALI adalah juara Eropah dan rekod tanpa kalah akan diteruskan dalam persiapan mereka menghadapi Piala Dunia 2022, menurut bekas penyerang, Gianfranco Zola.
The Azzurri berkembang di bawah kendalian Roberto Mancini sejak terlepas saingan Piala Dunia Russia.
Skuad kendalian Mancini memenangi final Euro 2020 ke atas England menerusi penentuan penalti dan kini tanpa kalah selepas 34 perlawanan, rekod terpanjang dalam sejarah pasukan itu.
Bagaimanapun, Zola -- yang meraih 35 kaps dan menjaringkan 10 gol di antara 1991 dan 1997 -- melihat masa depan cerah bagi bola sepak Itali.
Di sebalik dengan kehadiran pemain berusia 34 tahun, Leonardo Bonucci (penjaring tertua dalam sejarah Euro) dan kapten berusia 36 tahun, Giorgio Chiellini (pemain ketiga tertua dalam sejarah final), Itali menurunkan skuad ke-12 tertua dalam kejohanan tersebut.
"Untuk berada di tempat Mancini dan memberikan bayangan untuk memperbaiki pasukan merupakan sesuatu yang rumit," kata Zola kepada Stats Perform.
"Skuad ini akan menjadi lebih kompetitif dalam Piala Dunia.
"Mereka akan berkembang dengan keyakinan dan memperbaiki persembahan mereka kerana skuad ini masih muda. Bagi saya, mereka akan ke tahap yang lebih tinggi."
#Itali #bola sepak #Qatar #England #penalti #Euro 2020 #Gianfranco Zola #Piala Dunia 2022
;