Isu tunggakan gaji beri kesan besar - Yusri
Astro Arena
Mei 15, 2020 08:07 MYT
Mei 15, 2020 08:07 MYT
KEGAGALAN melunaskan tunggakan gaji sememangnya memberi impak besar kepada sesebuah pasukan.
Kelantan misalnya sudah dikenakan tindakan daripada FIFA susulan culas membayar gaji bekas pemain import, Cassio, dan akhirnya kesan itu terpaksa ditanggung pengendali pasukan, Yusri Che Lah.
"Saya masih yakin pemain sedia ada mampu mencapai sesuatu, cuma tempoh kawalan kami melebihi pemain pasukan lain," katanya.
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dikenakan sekatan perpindahan untuk dua jendela perpindahan sebaik FIFA mengarahkan The Red Warriors menyelesaikan tunggakan gaji Cassio pada 23 April lalu.
Ia susulan persatuan berkenaan ingkar menyelesaikan tunggakan gaji pertahanan dari Brazil itu selepas kontraknya berakhir, November lalu, ujar Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.
Selain sekatan perpindahan pemain, KAFA juga berdepan pemotongan mata seperti yang dialami pasukan Pulau Pinang, musim lalu.
Kini, mereka ternyata kesuntukan masa untuk menjelaskan hutang berjumlah RM629,000.28 walaupun sudah meminta bantuan orang ramai menerusi kutipan derma.
#bola sepak
#Cassio
#derma
#FIFA
#gaji
#hutang
#KAFA
#Kelantan
#Malaysia
#pemotongan mata
#perpindahan
#pulau pinang
#sekatan
#stuart ramalingam
#The Red Warriors
#tunggakan gaji
#Yusri Che Lah